Cari @ Amanz

Terdapat ura-ura mengatakan tahun ini dua peranti Nexus akan dihasilkan. Peranti dengan spesifikasi rendah akan dihasilkan oleh LG manakala versi berspesifikasi lebih tinggi akan dihasilkan oleh Huawei. Tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi dan rekaan peranti Nexus terkini ini diketahui. Hari ini sebuah video yang dikatakan Huawei Nexus tertiris. Ia mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakang dan diperbuat daripada bahan matte. Butang kuasa dan suara terletak pada bahagian kanan. Ia kelihatan seperti sebuah unit prototaip kerana tidak mempunyai kemasan yang baik. Setiap tahun sebuah peranti Nexus baru akan dilancarkan pada bulan November. Hanya ketika itu kita akan mengetahui sama ada peranti di dalam video iniĀ  adalah Huawei Nexus sebenar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd