Oppo R7 Akan Ditawarkan Di Malaysia Dalam Kuantiti Terhad Bermula 12 Ogos

Oppo R7 Akan Ditawarkan Di Malaysia Dalam Kuantiti Terhad Bermula 12 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 6, 2015 oleh .

Oppo Malaysia ketika pengenalan peranti baru dibawah keluarga R7 tempoh hari, hanya mengumumkan penawaran Oppo R7 Lite dan juga Oppo R7 Plus sahaja. Hari ini, Oppo Malaysia turut mengumumkan yang mana telefon pintar Oppo R7 turut akan ditawarkan bersama-sama untuk pasaran Malaysia – bermula 12 Ogos ini.

Oppo R7 Lite

Oppo R7 merupakan peranti bersaiz 5-inci, menggunakan cip pemprosesan sama seperti lain, iaitu Snapdragon 615 dan juga memori 3GB RAM. Oppo R7 turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel pada bahagian belakang berasaskan kepada sensor ISOCELL, selain kamera hadapan 8-megapixel untuk rakaman selfie.

Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan unibody berasaskan kepada logam, selain penggunaan kaca 2.5D untuk memberikan keselesaan pada tangan.

Oppo Malaysia tidak mengumumkan sebarang harga untuk Oppo R7, tetapi mengatakan keseluruhan keluarga R7 (meliputi R7 Lite dan R7 Plus) akan berharga antara RM1298 ke RM1998. Harga rasminya akan diumumkan pada 11 Ogos ini, dan Oppo R7 akan dijual bermula 12 Ogos 2015.

Oppo R7

Oppo R7

Oppo R7

Oppo R7

Baca : Pandang Pertama Oppo R7


TIPS & ULASAN