Cari @ Amanz

Asus hari ini telah mengadakan acara pelancaran peranti baru di India, dan menariknya, bersama-sama pengenalan produk seperti Zenfone Selfie, pihak Asus turut membuat kejutan dengan memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Zenfone, iaitu Asus Zenfone Max.

ASUS ZenFone Max

Asus Zenfone Max dilihat memfokuskan kepada kapasiti bateri yang sangat besar, dimana ia hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh – hampir dua kali ganda kapasiti berbanding beberapa telefon pintar biasa di pasaran.

Asus Zenfone Max ini menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410. Ia turut dilengkapi dengan memori 2GB RAM, serta kamera belakang 13-megapixel. Untuk rakaman selfie, Asus menyertakan kamera hadapan 5-megapixel.

Dari segi spesifikasi, ia adalah dari kategori peranti berspesifikasi pertengahan, dan penggunaan cip Snapdragon 410 serta bateri berkapasiti 5000mAh ini mungkin memberikan masa penggunaan yang lama berbanding sejumlah peranti lain di pasaran. Asus tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan ketahanan masa penggunaan bateri untuk peranti ini.

Zenfone Max akan dipasarkan di India bermula bulan Oktober kelak, dan harganya masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd