Mungkinkah Samsung Memperkenalkan Tablet Baru Bersama-sama Galaxy Note 5?

Mungkinkah Samsung Memperkenalkan Tablet Baru Bersama-sama Galaxy Note 5?

Diterbitkan pada Ogos 6, 2015 oleh .

Samsung sering mempunyai beberapa kejutan ketika memperkenalkan peranti flagship mereka. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan Gear VR dan juga jam tangan pintar bersama-sama pengenalan peranti mereka. Kini, dengan acara Galaxy Note 5 yang dijadualkan pada minggu hadapan, Samsung dilihat mempunyai satu lagi kejutan untuk diumumkan pada acara tersebut.

Samsung Unpacked

Sehingga kini, kita telah sedia mendengar yang mana Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+ akan diperkenalkan pada acara berkenaan. Kini, melalui sebuah gambar teaser yang hadir daripada Samsung, ia dilihat mereka mungkin turut memperkenalkan salah satu tablet baru pada acara berkenaan.

Samsung pada tahun ini telah memperkenalkan keluarga tablet Galaxy Tab A dan juga Galaxy Tab S2 – dimana kedua-duanya telah pun dilancarkan di Malaysia. Ia tidak diketahui sama ada Samsung akan hadir dengan satu lagi tablet baru, ataupun mungkinkah Samsung membuat kejutan dengan memperkenalkan tablet dengan rekaan skrin melengkung pada bahagian tepi?


TIPS & ULASAN