Carian
Asus Zenfone 2 Laser Dengan Fungsi Auto-Fokus Pantas Diperkenalkan
August 7, 2015 Aman

Asus melalui pengenalan peranti baru di India telah mengumumkan Asus Zenfone Max dengan bateri berkapasiti tinggi. Disamping itu, satu lagi peranti baru yang turut diperkenalkan oleh mereka adalah Asus Zenfone 2 Laser yang memfokuskan kepada kamera belakang dengan kepantasan fokus dan rakaman gambar.

Asus Zenfone 2 Laser

Asus mengatakan ia menawarkan fokus dalam bentuk hampir serta-merta, dimana ia hanya mengambil masa sekitar 0.3-saat sahaja untuk memfokuskan kepada sesuatu objek sebelum merakamkan gambar. Fungsi ini juga turut dikatakan memudahkan lagi rakaman gambar untuk sesuatu objek dengan lebih dekat berbanding penggunaan kamera peranti lain.

Selain fungsi autofokus lazer, pihak Asus turut menyertakan teknologi PixelMaster dalam rakaman gambar yang membolehkan gambar hadir lebih jelas dan terang pada keadaan yang gelap.

Asus Zenfone 2 Laser

Dari segi spesifikasi, Zenfone 2 Laser membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 410, memori 2GB RAM, dan turut dilengkapi dengan antaramuka Zen UI.

Asus juga turut melengkapkan peranti ini dengan kaca Gorilla Glass 4 untuk menawarkan ketahanan yang lebih baik.

Komen