Palam elektrik di rumah kini komoditi penting kerana keperluan mengecas peranti di rumah. Ketika hari raya tempohari ramai sanak saudara meminta untuk meminjam palam elektrik di rumah kerana peranti kehabisan bateri. Sungguhpun ia mengecas peranti pintar, rekaan dan fungsi palam elektrik tidak banyak berubah sejak berpuluh tahun. Anda masih perlu menghidup dan mematikannya secara manual.
Dengan Etekcity ZAP anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada proses manual ini. ZAP ialah penyesuai palam elektrik yang boleh dihidup dan dimatikan menggunakan alat kawalan jauh. Ia hanya perlu dipasang pada palam elektrik yang wujud di rumah. Setiap alat kawalan ZAP boleh mengawal lima palam elektrik secara serentak. Ini amat berguna di waktu malam. Lampu bilik boleh dihidupkan degam alat kawalan jauh. Satu set 5 penyesuai ZAP dan dua unit kawalan jauh dijual pada harga hanya $29.99. Ini adalah jauh lebih murah dari membeli lampu pintar yang ada di pasaran sekarang.