Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, Samsung telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini Android secara berkala setiap bulan – terutamanya memfokuskan kepada sekuriti. Selain Samsung, Google turut telah mengumumkan perkara sama untuk peranti Nexus, dan kini LG turut mengumumkan perkara sama.

LG mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini sekuriti secara bulanan, dan mereka akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memastikan pengguna menerimanya serta-merta.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna peranti LG kekal selamat daripada pelbagai ancaman sekuriti semasa – apatah lagi dengan arena digital kini yang memperlihatkan pelbagai penganalisa bebas hadir dengan penemuaan masalah sekuriti baru hampir setiap minggu.

Mungkinkah selain daripada Samsung dan LG, lebih ramai pengeluar akan mengikut jejak langkah ini untuk peranti Android mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd