Cari @ Amanz

TwitterJika anda merupakan peminat Liga Perdana Inggeris dan juga pengguna aktif Twitter, mungkin anda akan meminati fungsi baru yang ditambah Twitter pada perkhidmatan mereka. Bermula hari ini, pihak Twitter telah pun menambah sokongan emoji untuk hashtag, sekaligus memaparkan emoji logo pasukan bola sepak kegemaran mereka jika pengguna menghantar Tweet menggunakan hashtag singkatan pasukan kegemaran mereka.

Sokongan seumpama ini bukan sesuatu yang baru. Twitter sebelum ini telah menambah sokongan sama ketika perlawanan Piala Dunia FIFA, selain memperkenalkan sokongan serupa bersempena dengan Star Wars.

Seperti biasa, sokongan emoji ini hanya terhad untuk penggunaan di laman dan aplikasi Twitter sahaja.

Twitter Chelsea Emoji

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd