Cari @ Amanz

Miliki Kesemua Permainan Sony PlayStation Yang Pernah Dihasilkan Pada Harga RM 95000

Link Copied!

Sony PlayStation 1 menyambut ulang tahunnya yang ke-20 Disember tahun lalu. Konsol yang terjual sebanyak 102 Juta unit sebelum dihentikan penjualannya pada tahun 2004. Sungguhpun begitu permainan untuk konsol legenda ini hanya dihentikan pengeluarannya pada tahun 2006. Sebanyak 7918 permainan pula dihasilkan.  Sekiranya anda merasakan diri anda seorang peminat PlayStation sebenar, kesemua permainan yang pernah dihasilkan untuk pasaran Jepun boleh anda miliki hari ini.

PlayStation-1-auction-1

3290 permainan yang dipasarkan hanya di Jepun diletakkan pada laman Yahoo Auction Jepun oleh pengguna  bernama wmmft148. Selain ribuan permainan PlayStation beberapa aksesori permainan khas yang diperlukan untuk memainkan permainan tertentu turut dilelong. Untuk memiliki kesemua permainan ini anda hanya perlu membayar ¥ 3 Juta (RM 95000). Ini bermakna harga purata setiap permainan di dalam koleksi ini hanya RM 29.90. Ini adalah harga jualan yang amat munasabah. Sekiranya saya ada menerima derma dari individu tertentu, saya yakin akan membeli koleksi ini. Malang sekali saya tidak mempunyai kawan yang baik hati dari Timur Tengah yang bermurah hati untuk menderma.

PlayStation-1-auction--2


Komen ()