Cari @ Amanz

Sebelum ini, kita telah didedahkan dengan sebuah masalah kerentanan yang melibatkan sejumlah besar peranti Android, dimana pengodam boleh mengodam dan mengakses data pada telefon Android anda dengan menggunakan hanya MMS sahaja. Perkara ini boleh dikatakan agak membimbangkan ramai, dan untuk menyemak sama ada peranti anda terjejas ataupun sebaliknya, sebuah aplikasi khusus disediakan dinamakan sebagai Stagefright Detector App.

Stagefright

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mengetahui sama ada peranti mereka terjejas dengan kerentanan serangan melalui MMS tersebut ataupun tidak. Buat masa ini, tiada kaedah untuk mengatasinya, dan Google telah mula menawarkan kemaskini untuk pengguna peranti Nexus. Untuk peranti lain, ia masih bergantung kepada pengeluar peranti berkenaan untuk menawarkan kemaskini untuknya.

Buat masa ini, pengguna yang mempunyai peranti yang terjejas dengan kerentanan ini, anda boleh memadamkan fungsi “Auto Retrieve MMS/SMS” pada aplikasi SMS atau Google Hangouts, dan memastikan tiada MMS yang dimuat-turun dan dimainkan pada peranti anda.

Selain daripada aplikasi ini, Lookut juga turut menyediakan aplikasi untuk Android mereka tersendiri, dengan nama yang lebih kurang sama iaitu StageFright Detector.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd