Oppo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar baru dibawah keluarga Oppo R7 yang akan mula dijual secara meluas bermula bulan ini. Dengan kehadiran peranti baru, kini Oppo Malaysia turut mengumumkan kemaskini harga jualan untuk tiga peranti lain yang masih dijual mereka di pasaran.
Tiga peranti yang menerima potongan harga adalah Oppo Neo 5, Oppo R1L dan juga Oppo R5.
Oppo Neo 5 telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Ogos 2014 yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci, cip Snapdragon 400, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Menjadi salah satu fokus utama peranti ini ketika pengenalan adalah sokongan rangkaian 4G pada harga rendah. Oppo Neo 5 yang dijual pada harga RM598 sebelum ini menerima potongan harga kepada RM398.
Oppo R1L adalah peranti sedikit bersaiz besar berbanding Neo 5, dimana hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip Snapdragon 400, memori 1GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia kini membawakan harga sebanyak RM798 berbanding RM1098 sebelum ini.
Oppo R5 yang dipasarkan sebagai telefon pintar ternipis Oppo sebelum ini pula kini dijual pada harga RM1398. Oppo R5 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Ia menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dan dilengkapi sokongan pengecasan pantas VOOC.