Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai telefon pintar baru daripada Apple telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini ia dilaporkan Apple mungkin mengumumkan iPhone baru mereka seawal 9 September 2015 ini. Seperti biasa, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan ini buat masa ini.

iPhone baru yang mungkin dikenali sebagai iPhone 6S ini dijangka akan membawakan kemaskini dari segi spesifikasi, cip pemprosesan dan juga kamera. Rekaan peranti berkenaan dijangka akan dikekalkan seperti iPhone 6 sebelum ini.

Beberapa laporan turut mengatakan Apple akan mengintegrasikan sokongan paparan dengan teknologi Force Touch pada peranti ini kelak, dimana pengguna boleh menekan skrin, dan ia memaparkan beberapa menu tambahan melaluinya. Teknologi Force Touch sebelum ini telah diintegrasikan pada Macbook dan juga pada Apple Watch.

Disamping iPhone, Apple juga dijangka mungkin mengumumkan Apple TV baru dan juga iPad bersaiz sekitar 12.9-inci. Apple TV baru dikatakan mungkin mengintegrasikan sokongan Siri dan AppStore.

Dengan pengumuman pelbagai produk baru ini, Apple juga bakal memperkenalkan perisian iOS 9 secara rasminya kepada semua, selain turut mula menawarkan OS X El Capitan secara meluas beberapa minggu selepas acara pengumuman ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd