Cari @ Amanz

Samsung sering kali memperkenalkan beberapa aksesori tambahan untuk telefon pintar keluaran mereka, termasuk dari segi kerangka pelindung luar dan sebagainya. Kini, dengan peranti Galaxy S6 Edge+ yang dijangka diumumkan minggu hadapan, Samsung dijangka akan memperkenalkan sebuah aksesori tambahan berupa sebuah papan kekunci fizikal.

Galaxy S6 Edge Plus

Daripada gambar yang tertiris ke web hasil perkongsian @evleaks, ia dilihat pengguna boleh menghubungkan papan kekunci fizikal ini kepada Galaxy S6 Edge+, dan menggunakan ia dalam membuat input.

Secara kasarnya, daripada gambar yang hadir, rekaan papan kekunci fizikal ini tidak begitu menarik. Tetapi bagi anda yang menyukai input dengan kekunci fizikal, mungkin anda akan menggemari aksesori baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd