Kurang sebulan lagi Metal Gear Solid V : The Phantom Pain akan menemui peminat. Ramai yang menantikan karya MGS terakhir dari Hideo Kojima ini. Tidak seperti kebanyakan permainan yang dibangunkan sekarang, MGSV dihasilkan pada lima platform berbeza. Pemilik konsol PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, Xbox 360 dan PC kesemuanya akan dapat menikmati permainan ini tanpa memilih platform eksklusif. Konami baru sahaja melepaskan beberapa contoh perbezaan kualiti grafik permainan ini mengikut platform.
Tidak mengejutkan PC mendahului dengan tekstur yang lebih tajam, lebih banyak kesan cahaya dan kelihatan lebih realistik. Yang mengejutkan ialah permainan ini masih kelihatan cantik pada konsol generasi dahulu PS3 dan Xbox 360. Perbezaan kualiti grafik konsol generasi sekarang berbanding dahulu ialah ketajaman tekstur, kesan depth of field dan resolusi paparan. PS3 dan Xbox 360 menggunakan resolusi 720 30 FPS. Xbox One menggunakan resolusi 900P 60FPS. PS4 menggunakan resolusi 1080P 60 FPS. Akhir sekali resolusi PC boleh dinaikkan sehingga 4K dan jumlah FPS terkunci kepada 60 FPS.
* = Tekan gambar untuk resolusi lebih besar