Cari @ Amanz

Situasi mencari palam elektrik di lapangan terbang untuk mengecas peranti banyak kali kami lalui. Pernah sekali peranti kekurangan bateri dan kami menemui sebuah palam elektrik yang tidak digunakan sesiapa. Kemudian kami sedari kami di Eropah dan palam 3 kaki yang digunakan di negara kita tidak boleh digunakan. Penyesuai antarabangsa yang kami miliki disimpan di dalam dalam beg yang dibawa masuk. Jika penyesuai dibawa ia perlu “dikorek” keluar dari beg dengan wayar pengecas berselirat. Pastinya ada cara lebih mudah untuk mengecas peranti ketika di lapangan terbang.

VoltVoyage-1

VoltVoyage dicipta untuk masalah ini. Ia sebuah beg beroda dengan pengecas tanpa wayar terbina. Hanya letakkan beg anda pada bahagian atas VoltVoyage dan ia akan mengecas secara automatik. Pengecas ini menggunakan sistem Qi Wireless yang digunakan kebanyakan peranti pengeluar seperti Samsung, Microsoft dan Nexus. Ia dilengkapi bateri sebesar 18000 mAh. Turut disertakan ialah port USB untuk mengecas peranti lain yang tidak menyokong pengecasan tanpa wayar. Beg VoltVoyage sedang mengumpul dana dan boleh anda miliki pada harga $195 sebuah.

VoltVoyage--2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd