Sparrowdock – Dok Paling Bergaya Untuk Apple MacBook 2015

Sparrowdock – Dok Paling Bergaya Untuk Apple MacBook 2015

Diterbitkan pada Ogos 8, 2015 oleh .

Tidak dapat dinafikan Apple MacBook 2015 ialah antara komputer riba yang paling cantik pernah dihasilkan. Ianya nipis dengan bahan binaan yang premium. Ia menjadi kegilaan pengguna Mac yang memerlukan komputer riba yang ringan bagi memudahkan ia dibawa kemana-mana. Komen negatif mengenai MacBook 2015 ialah kekurangan port untuk menyambungkan aksesori seperti tetikus. Sparrowdock ialah dok komputer riba yang paling sesuai digunakan untuk MacBook 2015 12″.

Sprrowdock-1

Dengan menggunakan dok ini, anda mendapat 1 output HDMI, 1 port Mini Display, 3 USB 3.0, 1 USB-C, 1 port LAN dan 1 pembaca kad SD. Pada waktu yang sama komputer riba akan dibekalkan kuasa secara terus selagi a diletakkan di dalam Sparrowdock. Harga jualan ialah $129 sebuah. Agak mahal tetapi apabila dibandingkan dengan harga jualan MacBook 2015 ialah aksesori yang agak murah.

Sprrowdock-2


TIPS & ULASAN