Acara Visual Arts Expo Akan Diadakan Pada 21-23 Ogos Ini

Acara Visual Arts Expo Akan Diadakan Pada 21-23 Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 8, 2015 oleh .

Sekiranya anda peminat industri permainan, animasi dan dunia komik, tidak banyak acara khusus untuknya diadakan di Malaysia. Kebanyakan acara yang telah diadakan juga dilihat lebih spesifik dikalangan peminatnya tersendiri dan tidak besar-besaran bagi memperkenalkannya kepada lebih ramai rakyat tempatan. Bagi merevolusikan industri ini untuk pasaran tempatan, acara Visual Arts Expo 2015 akan diadakan secara besar-besaran pada 21-23 Ogos ini.

Acara selama tiga hari yang akan diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre ini bakal membawakan perkongsian dari penggiat industri dunia kreatif bertaraf antarabangsa kepada penggiat serta peminat tempatan. Untuk hari pertama pada 21 Ogos, kemasukan adalah terhad kepada pemilik syarikat dan professional dimana sekiranya anda pemilik syarikat yang ingin belajar serta mempersembahkan karya kepada penggiat industri antarabangsa, anda seharusnya mendaftar masuk pada hari ini.

VAX-2015-005

VAX-2015-002

Antara pakar serta nama-nama besar didalam industri kreatif ini termasuklah Satelight, Gainax, Keitaro Arima, dan bermacam lagi. Dan sekiranya anda kurang pasti dengan nama tersebut, Shoji Kawamori dari Satelight merupakan pencipta siri Macross dan Gainax merupakan studio yang menghasilkan siri animasi Neon Genesis Evangelion serta FLCL (Furikuri/Fooly Cooly). Mereka dan panel lain akan turut sama melapangkan masa dan menerima mereka yang berminat untuk mempersembahkan dan berkongsi karya mereka.

Untuk acara pada 22 hingga 23 Ogos, kemasukan dibuka untuk orang awam dimana terdapat acara seperti persembahan muzikal, bengkel-bengkel hobi khusus seperti Cosplay, Gunpla, dan Manga. Untuk hadir ke acara ini, terdapat tiket yang perlu dibeli sama ada secara atas talian atau semasa acara tersebut. Terdapat tiket RM15 untuk akses sehari dan juga RM 25 untuk akses selama dua hari. Terdapat tiket khusus Gold Pass berharga RM 100 membolehkan pengunjung masuk serta mendapatkan tandatangan tanpa perlu beratur, dan berkenalan dengan selebriti dan artis yang bergiat dalam industri ini.

Tiket boleh diperoleh secara atas talian dan untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini anda boleh mendapatkannya di laman rasmi VAX 2015 dan juga halaman Facebook VAX 2015.


TIPS & ULASAN