Gambar Telefon Pintar Huawei Tertiris – Bakal Diperkenalkan Bulan Hadapan

Gambar Telefon Pintar Huawei Tertiris – Bakal Diperkenalkan Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 9, 2015 oleh .

Sejak beberapa minggu lepas, beberapa gambar telefon pintar yang dikatakan sebagai Huawei Nexus telah tertiris. Hari ini, @evleaks berkongsi sebuah gambar baru, mengatakan ia merupakan salah satu telefon pintar yang bakal diperkenalkan oleh Huawei pada acara IFA 2015 yang dijadualkan pada bulan September ini.

Huawei Force Touch

Berkemungkinan ia adalah Huawei Mate 8 yang baru, memandangkan membawakan skrin yang besar, dan sokongan pengimbas cap jari dibelakang. Beberapa desas-desus mengatakan Huawei Mate 8 kelak akan menjadi peranti variasi Huawei Nexus.

Ia dikatakan pihak Huawei pernah merancang untuk mengintegrasikan sokongan Force Touch – lebih kurang seperti yang dirancang pada iPhone baru, tetapi ia dikatakan dibatalkan dan mungkin versi akhir kelak tidak akan disertakan.


TIPS & ULASAN