Spesifikasi PC Untuk Metal Gear Solid V: The Phantom Pain Diumumkan
Artikel Berkaitan

Spesifikasi PC Untuk Metal Gear Solid V: The Phantom Pain Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 9, 2015 oleh .

MGS-V-launch-date

Tinggal 22 Hari sahaja tinggal sebelum Metal Gear Solid V : The Phantom Pain mula dijual. Semalam kami memaparkan perbezaan grafik permainan ini mengikut platform berbeza. Jelas dan nyata bahawa grafik versi PC adalah yang paling berkualiti. Tekstur lebih tajam dan sokongan sehingga resolusi 4K. Pada konsol terbaik iaitu PlayStation 4 ianya terhad kepada 1080P 60FPS sahaja.

Di ruangan komen hangat diperkatakan apakah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan MGSV:TPP?  Berikut ialah spesifikasi minimum dan disarankan sendiri oleh pihak Konami. Ianya masih lagi sama dengan spesifikasi yang disyorkan oleh mereka untuk MGSV : Ground Zeroes tahun lalu. Perbezaan paling ketara ialah kali ini tiada sokongan rasmi untuk Windows Vista. Kepada pengguna Windows 10 jangan risau kerana sungguhpun sistem operasi anda tidak tersenarai, pihak Konami menjanjikan sokongan rasmi mereka kepada OS ini dalam masa terdekat. Jadi adakah PC anda mampu menjalankan permainan ini?

Spesifikasi Metal Gear Solid V : The Phantom Pain
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-4460 3.4 GHZ
Pemproses Disarankan Intel Core i7-4790 3.6 GHZ
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce GTX 650 (2GB) DirectX 11
Kad Grafik Disarankan NVIDIA GeForce GTX 760 DirectX 11
RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 28 Gigabyte
Sistem Operasi Windows 7 (64bit). Windows 8 (64bit)

Sumber Steam


TIPS & ULASAN