Intel Membawa Cip Pemprosesan Intel Xeon Ke Komputer Riba

Intel Membawa Cip Pemprosesan Intel Xeon Ke Komputer Riba

Diterbitkan pada Ogos 9, 2015 oleh .

Cip pemprosesan Intel Xeon sehingga kini digunakan untuk menjana kuasa bagi pelayan mahupun komputer perusahaan, tetapi kini ia berubah dengan Intel turut membawa cip pemprosesan berkenaan untuk digunakan pada komputer riba.

Dengan membawa cip Intel Xeon ke komputer riba, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk mendapatkan kuasa pemprosesan yang tinggi dan ciri-ciri sekuriti yang dibawakan olehnya pada komputer riba mereka dan menggunakannya ketika bertugas dimana-man sahaja.

Intel Xeon

Cip pemprosesan pertama yang dioptimasikan untuk komputer riba akan hadir dalam beberapa bulan lagi. Cip Intel Xeon Processor E3-1500M V5 akan hadir dengan menggunakan architecture cip Skylake 14nm.

Menggunakan cip pemprosesan ini kelak, ia akan menawarkan ciri-ciri yang lebih mesra perusahaan, selain kuasa pemprosesan tinggi, sokongan membaiki kerosakkan data, serta ciri-ciri sekuriti yang lebih baik.

Spesifikasi penuh untuk cip Intel Xeon bagi komputer riba ini tidak diumumkan lagi. Intel mengatakan komputer riba menggunakannya akan hadir ke pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN