BlackBerry Venice Dikatakan Akan Dilengkapi Kamera 18MP OIS Dan Hub Untuk Android

BlackBerry Venice Dikatakan Akan Dilengkapi Kamera 18MP OIS Dan Hub Untuk Android

Diterbitkan pada Ogos 10, 2015 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, kita telah mendengar mengenai desas=desus BlackBerry akan hadir dengan telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android sepenuhnya. Gambar awal peranti yang dikenali dengan nama BlackBerry Venice tersebut telah pun tertiris sebelum ini, dan kini beberapa info lanjut mengenainya turut hadir ke web.

Daripada info awal yang dikongsikan pihak CrackBerry, BlackBerry Venice ini dijangka akan dilengkapi dengan kamera belakang 18-megapixel yang turut menyertakan sokongan penstabilan imej optikal.

BlackBerry Venice

Disamping itu, BlackBerry turut dijangka akan melengkapkan sokongan seumpama BlackBerry Hub pada peranti Android mereka ini. Untuk makluman, bagi kami sendiri, kami amat menyukai fungsi BlackBerry Hub pada peranti BlackBerry 10 – dimana ia memudahkan pengurusan komunikasi menggunakan emel mahupun media sosial dan aplikasi permesejan. Ia semestinya akan menjadi salah satu titik jualan peranti BlackBerry jika mereka hadir dengan penawaran untuk Android, malah kami sendiri sanggup membuat pembelian aplikasi tersebut jika ia ditawarkan secara terbuka kepada semua pengguna Android.

BlackBerry Venice

BlackBerry juga dijangka akan mengintegrasikan sokogan seumpama ChromeCast pada peranti Venice ini untuk memudahkan perkongsian kandungan terus ke skrin besar.

Seperti biasa, pihak BlackBerry masih mendiamkan diri berkaitan dengan penawaran peranti yang dikatakan akan menjalankan sistem operasi Android sepenuhnya ini.


TIPS & ULASAN