Cari @ Amanz

Beberapa ura-ura terkini mengenai Blackberry Venice muncul hari ini. Pertama sekali peranti yang bakal menggunakan sistem operasi Android sepenuhnya ini akan dilengkapi kamera 18 Megapixel lengkap dengan OIS. Kini muncul pula gambar yang menunjukkan sebuah Blackberry Passport menggunakan sistem operasi Android. Gambar ini dipercayai adalah sebuah peranti prototaip yang digunakan Blackberry untuk menguji Android pada peranti buatan mereka di masa hadapan. Kelihatan ia menggunakan antaramuka Android Vanilla tanpa sebarang antaramuka pihak ketiga. Jika ini dilakukan oleh Blackberry ia pastinya menarik minat bekas pengguna Blackberry yang kini sudah berhijrah ke platform Android.

Passport-ANdroid-1

Adakah menggunakan Android akan akhirnya mengubah nasib Blackberry? Seperti yang kami laporkan sebelum ini penggunaan Android adalah langkah drastik mereka untuk mengelakkan kerugian. Sekiranya kerugian terus berlaku mereka akan menghentikan penjualan peranti dan menumpukan segala usaha kepada penghasilan aplikasi yang mesra pengguna sektor perniagaan.

Passport-Android-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd