Aksesori Asus ZenPower Ditawarkan Melalui Asus Online Store Pada Harga RM 59

Aksesori Asus ZenPower Ditawarkan Melalui Asus Online Store Pada Harga RM 59

Diterbitkan pada Ogos 10, 2015 oleh .

Pada beberapa bulan lalu Asus yang telah mengumumkan Asus Zenfone 2 untuk pasaran tempatan turut mengumumkan kesediaan mereka untuk menjual aksesori mereka dalam keluarga Zen. Bermula akhir minggu lalu, mereka telahpun memulakan penjualan aksesori mereka iaitu Asus ZenPower.

Asus ZenPower merupakan Powerbank keluaran Asus dengan kapasiti pengecasan sebesar 9600 mAh. Dengan bank kuasa pada kapasiti pengecasan tersebut, pengguna boleh mengecas Zenfone 5 sebanyak 3 kali, Zenfone 2 sebanyak dua kali ataupun Nexus 1 sebanyak sekali. Powerbank ini juga mempunyai kadar arus pengecasan 2.4A membolehkan pengecasan pantas dilakukan.

i201506BM220000073_143494493805211

Dari segi rekaan, ia hadir dengan kemasan aluminium dan meskipun tebal, ia mempunyai kepanjangan dan ketinggian seakan-akan kad kredit, membolehkan ia senang digenggam dan ringan untuk dibawa kemana-mana. Jika anda inginkan lebih perlindungan untuk Powerbank ini, terdapat Asus ZenPower Bumper yang boleh disarungkan kepada ZenPower bagi memberi perlindungan tahan jatuh dan tahan calar.

Peranti ini hadir pada 5 warna berbeza iaitu Hitam, Biru, Emas, Merah Jambu dan juga Perak. Ia boleh dibeli melalui kedai atas talian Asus Online Store pada harga RM 59 dan pembelian terhad kepada 3 unit setiap pelanggan. Namun pengguna juga boleh membeli 4 unit ZenPower pada harga RM 236 dan membawa pulang hadiah cenderahati berupa bantal maskot Zen Asus.

Beli: Asus ZenPower di Asus Online Store


TIPS & ULASAN