Program Angels in The City Dilancarkan Di Malaysia

Program Angels in The City Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 10, 2015 oleh .

Tahun ini sahaja terdapat pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pelaburan untuk syarikat dan startup tempatan. Tetapi disamping menggalakkan syarikat dan startup untuk menerima pelaburan, inisiatif yang khusus juga perlu bagi menambah bilangan pelabur baik pelabur korporat, pelabur modal teroka mahupun pelabur budiman. Hari ini Cradle Fund dengan kerjasama Malaysian Business Angel Network (MBAN) dan London Business Angel (LBA) melancarkan program Angels in the City.

Dibawah kerjasama ini, program Angels in the City yang akan dikelolakan oleh MBAN mendapat pengiktirafan dari LBA dan disokong sepenuhnya oleh LBA. Ahli MBAN juga berpeluang untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu terutamanya dalam menjadi pelabur yang bakal memperoleh pulangan yang lumayan hasil dari pelaburan yang bijak. Sejak tahun 2000, LBA telah berjaya membantu 200 syarikat mendapatkan pelaburan berjumlah GBP 50 Juta ( ~RM 305 Juta) meskipun pada ketika ekonomi berada dalam situasi yang tidak stabil.

Cradle-MBAN-Angels-005

Kerjasama selama dua tahun ini juga bakal menarik minat lebih ramai pelabur budiman dari luar negara untuk hadir dan melabur untuk startup tempatan berkat portfolio berprestij dari LBA. Pelabur tempatan juga turut disasarkan MBAN, dimana mereka yang mahu menjadi pelabur tetapi tidak pasti kemanakah wang tersebut akan dilaburkan, MBAN akan membantu pelabur tersebut. Program Angels in The City juga melengkapi Angel Tax Invesment Incentive, dimana bagi pelabur budiman yang melabur pada startup yang disahkan oleh Cradle, akan menerima pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500,000.

Acara berkaitan Angels in the City akan diadakan tidak lama lagi merangkumi bengkel untuk pelabur, bengkel pitching dan pelbagai lagi. MBAN juga turut merancang untuk meluaskan kawasan operasi mereka sehingga ke Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang pertengahan tahun 2016.

Layari: Angels in the City


TIPS & ULASAN