Cari @ Amanz

Asus telah mengumumkan keluarga tablet baru yang selari dengan penggunaan nama “Zen” mereka pada acara Computex yang lepas. Kini, selang beberapa bulan, Asus Malaysia turut merancang untuk melancarkan tablet dibawah keluarga ZenPad tersebut di Malaysia, dan dijangka berkongsi lanjut mengenainya pada hari Jumaat ini – 14 Ogos.

ZenPad

Dua versi ZenPad yang telah diperkenalkan oleh Asus buat masa ini adalah ZenPad S8 dan juga ZenPad 8. Kedua-duanya hadir menggunakan cip pemprosesan Intel, dimana ZenPad S 8 menggunakan cip Intel Atom Z3580, sementara ZenPad 8 pula dilengkapi cip Intel x3.

ZenPad S 8 dilihat sebagai tablet berspesifikasi tinggi, dimana ia turut hadir dengan USB Type C, serta paparan 2K, selain penggunaan memori 4GB RAM dan juga Z-Stylus.

Berkemungkinan besar, kita akan melihat penawaran ZenPad 8.0 di Malaysia terlebih dahulu sebelum ZenPad S 8.0 ini.

Disamping itu, Asus Malaysia juga turut dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar Zenfone Selfie untuk pasaran tempatan.

ZenPad

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd