Jom Beraya Bersama Amanz Pada Penghujung Minggu Ini

Jom Beraya Bersama Amanz Pada Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 10, 2015 oleh .

Setiap tahun, komuniti Amanz sering membuat pertemuan atau perjumpaan ringkas antara satu sama lain dalam mengeratkan perhubungan, selain pada masa yang sama berkongsi ilmu berkaitan dunia teknologi antara satu sama lain. Untuk tahun ini, kami bercadang mengadakannya pada penghujung minggu ini – 15 Ogos 2015, dimana diadakan sekali bersempena dengan rumah terbuka Aidilfitri.

Untuk tahun ini, bagi menjayakan rumah terbuka Aidilfitri ini, pihak Maxis turut menyokongnya, dan ia akan diadakan di Menara Maxis yang bersebelahan dengan KLCC. Bagi mereka yang ingin menggunakan pengangkutan awam, ia merupakan salah satu lokasi yang mudah untuk dihadiri.

Pada hari terbuka Aidilfitri ini, selain daripada makanan dan menambah kenalan antara satu sama lain, beberapa aktiviti tambahan lain turut akan diadakan. Termasuk antaranya adalah perkongsian berkaitan tips-tips semasa dunia teknologi antara satu sama lain, selain beberapa permainan ringkas. Beberapa hadiah menarik turut disediakan untuk hadirin bertuah.

Bagi anda yang berminat dan berkelapangan pada hari Sabtu ini, mungkin anda boleh mendaftarkan diri (memandangkan lokasi yang agak terhad saiznya), dan sama-sama kita berjumpa pada hari Sabtu kelak.

Daftar Kehadiran : #AmanzMaxisRaya


TIPS & ULASAN