Cari @ Amanz

Terdapat beberapa jenis pengangkutan ringkas yang memudahkan anda bergerak, seperti Segway, mahupun pengangkutan elektronik lain. Kini, sebuah pengangkutan elektronik pada saiz sebesar komputer riba dibangunkan dan diperkenalkan di Jepun, dinamakan sebagai WalkCar.

WalkCar

Menggunakan WalkCar, ia beroperasi berdasarkan kepada respon peralihan berat dan tekanan daripada pengguna. Menariknya mengenai WalkCar ini adalah saiznya, dimana dengan saiz sebesar komputer riba, ia membolehkan pengguna membawa ia kemana-mana dengan mudah, dan menggunakannya apabila diperlukan.

Daripada video yang dikongsikan pembangunnya, ia memperlihatkan WalkCar boleh beroperasi pada permukaan jalan yang tidak rata, boleh membawa pengguna menaiki bukit tanpa masalah.

Ia tidak diketahui lagi berapa lamakah bateri pada WalkCar ini boleh bertahan. WalkCar akan dijual di Jepun bermula tahun hadapan pada harga sekitar 100,000 Yen (~RM3163).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd