Cari @ Amanz

Google selain mengumumkan penstrukturan semula, hari ini mereka turut telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi permesejan Google Hangouts untuk Android. Melalui versi Hangouts 4.0 ini, ia membawakan rekabentuk yang lebih kemas bersempena Material Design, selain diperbaiki beberapa perkara lain.

Hangouts 4.0

Google mengatakan Hangouts kini beroperasi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya – termasuk kemudahan untuk menghantar mesej dan panggilan video dengan pantas. Google turut mengatakan Hangouts kini menggunakan bateri yang lebih sedikit berbanding sebelumnya – sekaligus menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Dengan kemaskini antaramuka juga, Hangouts kini memudahkan pengguna menghantar mesej atau memulakan permesejan berkumpulan.

Pengguna Android akan menerima kemaskini Hangouts 4.0 ini secara berperingkat. Selain Android, pengguna iOS juga turut menerima kemaskini yang lebih kurang serupa untuk perkhidmatan Hangouts ini.

Google Hangouts

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd