Oppo R7 Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 1,598

Oppo R7 Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 1,598

Diterbitkan pada Ogos 11, 2015 oleh .

Pada bulan lepas Oppo Malaysia telahpun memgumumkan siri terbaru mereka iaitu keluarga R7, namun hanya membawakan R7 Lite dan juga R7 Plus. Pada hari ini mereka telahpun mengumumkan harga rasmi Oppo R7 dan akan dijual pada harga RM1,598.

Oppo R7 hadir dengan rekaan unibody serta skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 615 dan memori 3GB RAM. Kaca 2.5D digunakan untuk menambah keselesaan semasa memegang dan menggunakan kamera belakang 13-Megapixel dengan sensor ISOCELL dan kamera hadapan 8-Megapixel menjanjikan kualiti selfie yang bagus.

Oppo R7 Lite

Peranti ini boleh dibeli di kedai-kedai pengedar rasmi bermula esok manakala bagi variasi R7 Plus akan hadir tidak lama lagi untuk pasaran tempatan.

Baca: Pandang Pertama Oppo R7


TIPS & ULASAN