Rangkaian 4G LTE Maxis Kini Lebih Luas – Membolehkan Tugasan Diselesaikan Lebih Pantas

Rangkaian 4G LTE Maxis Kini Lebih Luas – Membolehkan Tugasan Diselesaikan Lebih Pantas

Diterbitkan pada Ogos 21, 2015 oleh .

Di Malaysia, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang memperkenalkan rangkaian 4G LTE. Mereka telah memperkenalkannya pada tahun 2013 yang lepas, dan sejak daripada itu, mereka telah memperluaskan perkhidmatan 4G LTE ke pelbagai lokasi utama.

screenshot_519Kawasan liputan 4G Maxis telahpun merangkumi kebanyakan bandar utama seperti Lembah Klang, Pulau pinang, Kota Bharu, Batu Pahat, Muar, Kuala Selangor, KLIA, Putrajaya, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Alor Star, Melaka, Seremban dan banyak lagi. Malah mereka juga aktif dalam menambah pencawang telekomunikasi bagi meluaskan kawasan liputan rangkaian 4G. Peta kawasan liputan tersebut juga turut dipaparkan pada laman web Maxis dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekiranya pengguna ingin menyemak kelajuan capaian 4G Maxis di bandar tertentu, Maxis juga turut menyediakan halaman rasmi bagi membolehkan pengguna menyemak kelajuan di bandar tersebut yang dikemaskini setiap 3 jam.

Lihat: Semak kelajuan Maxis secara langsung di beberapa bandar utama

Maxis 4G

Hari ini, liputan rangkaian 4G LTE daripada pihak Maxis adalah antara yang terluas pernah kami cuba. Saya sendiri menerima rangkaian 4G LTE di rumah saya – di Rawang, salah satu perkara yang tidak ditawarkan oleh sebarang syarikat telekomunikasi lain buat masa ini.

Dengan akses kepada rangkaian 4G LTE ini, pelbagai tugasan kini lebih dimudahkan, malah ia juga dapat diselesaikan dengan lebih pantas. Sebagai contoh, tiada lagi masalah ketika ingin menonton video di web, atau jika ingin memuat-turun sebarang fail atau video daripada internet.

SpeedTest Maxis 4G LTEPengalaman memainkan permainan video juga kini lebih stabil tanpa masalah lengah masa, sementara komunikasi menggunakan panggilan video seperti melalui Skype juga kini lebih lancar.

Dengan kepantasan melangkaui 20Mbps terus di rumah saya sendiri di Rawang, kini Maxis memudahkan pelbagai tugasan – terutamanya jika talian internet rumah saya mempunyai masalah untuk diakses dan sebagainya. Disamping itu, memandangkan tugasan kami turut melibatkan muat-naik video juga, perkara ini amat membantu, dan tidak lagi perlu risau untuk mencari lokasi tertentu dengan sokongan 4G LTE seperti beberapa bulan yang lepas, atau ketika menggunakan rangkaian lain.

Bagi anda, bagaimana pengalaman anda menggunakan rangkaian 4G LTE pada peranti mudah-alih anda?

Daftar: Maxis 4G

Penafian: Advertorial dari Maxis


TIPS & ULASAN