Rekaan Lenovo Vibe X3 Tertiris – Mempunyai Pembesar Suara Stereo Dan Snapdragon 808

Rekaan Lenovo Vibe X3 Tertiris – Mempunyai Pembesar Suara Stereo Dan Snapdragon 808

Diterbitkan pada Ogos 11, 2015 oleh .

Jarang sekali kami paparkan berita mengenai peranti Lenovo. Ini adalah kerana tidak seperti pengeluar lain mereka tidak kerap menghasilkan model terbaru untuk dipasarkan. Hari ini ada berita menarik bagi penggemar peranti Lenovo. Rekaan dan spesifikasi Lenovo Vibe X3 tertiris ke arena web. Dari gambar di bawa jelas kelihatan Vibe X3 mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Pada bahagian belakang pula kamera terletak pada bahagian tengah dengan pengimbas jari pada bahagian bawah.

Lenovo-Vibe-X3-1

Dari segi spesifikasi pula Vibe X3 mempunyai skrin 4.9″ dengan resolusi HD penuh. Ia diperkasakan pemproses Snapdragon 808 enam teras, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 20 Megapixel dengan kemampuan video 4K pada bahagian belakang dan 7 Megapixel pada bahagian hadapan. Tiada maklumat lain tertiris buat masa ini. Lenovo Vibe X3 dijangka akan dilancarkan pada IFA 2015 di JermanĀ  bulan hadapan.

Lenovo-Vibe-X3-2 Lenovo-Vibe-X3-3


TIPS & ULASAN