Cari @ Amanz

Pelancaran peranti di dalam keluarga Oppo R7 di Malaysia adalah unik. Ketiga-tiga peranti R7 Lite, R7 dan R7 Plus akan memasuki pasaran Malaysia secara serentak. Kami difahamkan stok jualan untuk R7 adalah terhad berbanding dengan R7 Lite dan R7 Plus. Kesemua peranti akan mula dijual esok maka persoalannya ialah apakah perbezaan dari segi spesifikasi ketiga-tiga peranti yang serupa tetapi tidak sama ini? Di bawah ialah infografik yang mungkin boleh memudahkan anda membezakan antara mereka. Harus dinyatakan bahawa R7 dan R7 Lite kelihatan serupa dari luar. Tiada perbezaan dari segi rekaan dilakukan oleh pihak Oppo. Jadi jika anda mahu memiliki R7 pastikan anda memeriksa peranti yang ingin dibeli takut terbeli R7 Lite pula.

Perbandingan-Oppo-R7-Lite-Plus

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd