ZUK merupakan salah satu syarikat yang mempunyai sokongan daripada pihak Lenovo. Hari ini, mereka telah memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka yang dinamakan sebagai ZUK Z1. Melalui penawaran telefon pintar baru ini, mereka memposisikan diri dengan menawarkan telefon pintar berkuasa pada harga lebih rendah berbanding pesaing.
ZUK Z1 ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, memori 3GB RAM, cip pemprosesan Snapdragon 801, selain turut dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Telefon pintar ini turut menyertakan bateri berkapasiti 4100mAh, selain menyertakan sokongan dwi-SIM berasaskan nano. Ia menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dengan antaramuka tersendiri dinamakan ZUI.
Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan teknologi USB Type-C terkini yang telah mula diguna-pakai oleh kebanyakkan pengeluar sedikit demi sedikit. Disamping itu, butang Home pada bahagian hadapan turut menyertakan pengimbas cap jari terbina padanya.
ZUK Z1 ini berharga 1799 Yuan di China (~RM1132). Ia tidak diketahui lagi sama ada jenama ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ataupun sebaliknya. Berkemungkinan pihak Lenovo dengan menyokong jenama ini, mereka ingin menjadikannya sesuatu seperti apa yang dilakukan Huawei dengan anak syarikat mereka Honor.