Les Copaque Memperkenalkan Aplikasi Waktu Solat Bertemakan Upin & Ipin

Les Copaque Memperkenalkan Aplikasi Waktu Solat Bertemakan Upin & Ipin

Diterbitkan pada Ogos 12, 2015 oleh .

Les Copaque selain mempunyai bahagian perekabentuk animasi, mereka juga turut mempunyai bahagian pembangunan aplikasi dan permainan dipanggil LC GDI (LC Games Development Inc). Mereka telah menawarkan beberapa permainan sebelum ini, dan kini telah turut menerbitkan aplikasi waktu solat dengan bertemakan Upin & Ipin.

Menggunakan aplikasi ini, ia membolehkan pengguna memilih lokasi secara manual atau automatik dan melihat waktu solat semasa menggunakannya. Ia turut mengintegrasikan sokongan integrasi kompas untuk melihat arah kiblat. Pengguna turut boleh mengaktifkan untuk mendengar azan ketika memasuki waktu solat.

Jom Solat Upin Ipin

Walaupun aplikasi ini agak menarik, namun salah satu perkara yang agak mendukacitakan adalah kaedah paparan iklan pada aplikasi ini yang agak menganggu. Memandangkan ia merupakan salah satu aplikasi yang mungkin menarik pengguna kanak-kanak memasangnya, maka penggunaan iklan pada aplikasi ini mungkin agak menyukarkan mereka menggunakannya kerana kaedah paparannya yang tidak begitu mesra (mengambil keseluruhan halaman pada peranti). Disamping itu, memandangkan iklan dipaparkan secara rawak, maka mungkin adakalanya iklan yang tidak berkaitan turut diperlihatkan pada aplikasi ini.

Pihak LC GDI turut menyediakan pilihan untuk pengguna membuat pembelian dalam aplikasi untuk membuang iklan yang menganggu ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Upin & Ipin Jom Solat ini, ataupun jika inginkan sesuatu yang lebih ringkas dalam rujukan waktu solat tanpa sebarang gangguan iklan, maka mungkin boleh turut mencuba pelbagai aplikasi waktu solat lain yang ditawarkan di Google Play Store.

Muat-Turun Aplikasi Upin & Ipin Jom Solat untuk Android


TIPS & ULASAN