Cari @ Amanz

Acara Bahtera yang mengetengahkan pelbagai seminar serta perkongsian ilmu bakal berlangsung pada minggu hadapan. Sebanyak 6 zon berlainan akan diadakan pada acara tersebut dengan fokus yang berlainan. Menariknya bagi Zon Ilmiah, terdapat 6 bilik berasingan dengan penekanan khusus untuk setiap bilik dan sesinya akan berjalan serentak.

6 bilik berasingan dengan penekanan khusus itu adalah pada kategori Entrepreneur, Personal Development, Enterprise Help, Digital, Newbies dan juga Youth. Kategori Entrepreneur akan membawakan seminar keushawanan, Personal Development pula memfokuskan kepada peribadi seseorang tersebut. Bagi mereka yang ingin bergiat dalam sektor lebih tinggi, kategori Enterprise Help akan membawakan topik yang menarik. Bagi mereka yang ingin menambah ilmu dalam arena digital, kategori Digital akan membantu dalam mengetahui teknik terkini.

Bahtera -screenshot_498 Bahtera -screenshot_499

Jika anda baru ingin mengetahui mengenai keushawanan, terdapat dua slot yang bersesuaian untuk anda iaitu Newbies dan Youth. Bagi kategori Newbies, ia lebih kearah bagaimana mendapatkan dana untuk memulakan perniagaan manakala bagi kategori Youth, ia lebih kearah belia yang mungkin sudah ada idea dan bisnes namun pada tahap yang masih muda.

Acara Bahtera ini akan berlangsung pada minggu hadapan 19-20 Ogos di KL Convention Centre dan dengan jadual yang padat diatas mungkin anda perlu merancang sebaiknya slot apakah yang ingin dihadiri dan banyak lagi program yang akan diadakan sepanjang tempoh dua hari tersebut.

Penafian: Advertorial dari National Strategy Unit

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd