Honor 7 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor 7 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 12, 2015 oleh .

Honor merupakan salah satu jenama anak syarikat dibawah Huawei yang mana menawarkan telefon pintar mereka pada harga rendah dengan spesifikasi yang baik. Honor dijual terus kepada pengguna melalui VMall, membolehkan mereka membuang kos-kos yang tidak berkaitan serta menawarkannya pada harga rendah berbanding beberapa peranti lain.

Honor di Malaysia mempunyai peminat tersendiri, dan sejumlah peranti Honor telah dilancarkan sebelum ini. Kini, Honor Malaysia turut hadir dengan beberapa teaser dan memberikan petanda Honor 7 bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Huawei Honor 7

Honor 7 sebelum ini telah dilancarkan pada 30 Jun yang lepas, membawakan rekaan berasaskan logam serta sokongan pengimbas cap jari. Telefon dengan skrin 5.2-inci ini dilengkapi dengan cip Kirin 935 serta memori 3GB RAM. Untuk rakaman gambar, pihak Honor menyertakan kamera belakang 20-megapixel.

Tiada sebarang tarikh diberikan. Tetapi memandangkan mereka telah hadir dengan beberapa teaser, maka mungkin kita dapat melihat ia dilancarkan secara rasmi dalam masa sebulan dua lagi.

MWCS15- Honor 7 -IMG_9009

MWCS15- Honor 7 -IMG_9031

MWCS15- Honor 7 -IMG_9027

Baca : Pandang Pertama Honor 7


TIPS & ULASAN