Komputer Lenovo Sekali Lagi Dikaitkan Dengan Masalah Kerentanan – Kali Ini Melibatkan Lenovo Service Engine BIOS

Komputer Lenovo Sekali Lagi Dikaitkan Dengan Masalah Kerentanan – Kali Ini Melibatkan Lenovo Service Engine BIOS

Diterbitkan pada Ogos 12, 2015 oleh .

Komputer riba dan desktop keluaran Lenovo pada awal tahun ini telah dikaitkan dengan masalah penyertaan perisian berbentuk adware, dimana kemudiannya ia dibuang oleh pihak Lenovo melalui sebuah tool khusus. Kini, satu lagi masalah kerentanan baru ditemui pada komputer riba Lenovo, yang mana berkait rapat dengan Lenovo Service Engine BIOS.

Lenovo Service Engine BIOS merupakan sebuah perisian yang dipasang pada komputer riba dan desktop Lenovo untuk memudahkan mereka mengumpulkan data penggunaan secara rawak dan dihantar kepada pelayan Lenovo. Perkara ini walaupun mungkin mempunyai kebaikkan untuk syarikat berkenaan, tetapi daripada para penganalisa sekuriti mahupun daripada Microsoft sendiri, mereka mengatakan ia membuatkan komputer terdedah untuk diserang oleh pihak ketiga.

Memandangkan ia dipasang pada peringkat BIOS, maka memformat kembali komputer anda mungkin tidak membuangnya. Bagi mengatasinya, pengguna perlu mengemaskini BIOS pada komputer mereka dan membuat tool berkenaan.

Antara komputer riba yang terlibat adalah termasuk Flex Pro 15 (Broadwell dan Haswell), Flex 3 1470/1570, Flex 3 1120, Yoga 3 11, Yoga 3 14, Lenovo Y40-80, Lenovo V3000, Lenovo Z41-70, Lenovo Z51-70, Lenovo Z70-80/G70-80, Lenovo G40-80/G50-80, Lenovo S41-70/U41-70, Lenovo S435/M40-35.

Disamping itu beberapa desktop juga terlibat dengan masalah ini. Pengguna yang terlibat dengan masalah ini boleh memuat-turun perisian khusus yang disediakan oleh Lenovo, dan pada masa yang sama mengemaskini BIOS komputer anda.

Layari : Lenovo Service Engine BIOS untuk komputer riba

Layari : Lenovo Service Engine BIOS untuk desktop


TIPS & ULASAN