BlackBerry Kini Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Wang PayPal Terus Melalui BBM

BlackBerry Kini Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Wang PayPal Terus Melalui BBM

Diterbitkan pada Ogos 13, 2015 oleh .

BlackBerry sebelum ini telah mula menawarkan perkhidmatan dipanggil BBM Money dibeberapa buah negara – termasuk di Indonesia. Hari ini, BlackBerry dilihat turut memperluaskan penawarannya dengan bekerjasama dengan pihak PayPal untuk memudahkan penghantaran dan penerimaan wang melalui BBM.

BBM PayPal

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menghubungkan akaun PayPal ke BBM, dan seterusnya anda boleh menghantar wang kepada rakan-rakan anda yang lain di BBM. Tetapi, hendaklah dipastikan yang mana mereka juga turut telah menghubungkan akaun PayPal mereka ke BBM.

Buat masa ini, pihak BlackBerry mengatakan ujian beta terbuka ini ditawarkan pada platform BlackBerry, iOS dan juga Android – tetapi bermula dari negara Kanada terlebih dahulu. Fungsi sama akan ditawarkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN