Cari @ Amanz

Razer ialah jenama aksesori PC yang terkenal. Papan kekunci dan tetikus mereka digunakan oleh golongan pemain komputer tegar kerana kualiti binaan yang baik. Mereka turut menaja beberapa atlit e-sukan sebagai langkah mempopularkan aksesori rekaan mereka. Kini mereka memasuki arena penghasilan cangkerang peranti pintar.

Razer-Protection-Case-1

Razer Protection Case ialah cangkerang tahan lasak untuk iPhone 6 dan 6 Plus yang mereka hasilkan. Ia diperbuat daripada bahan getah bagi menyerap hentakan. Pada bahagian belakang terdapat lambang Razer yang menutupi logo Apple. Pada bahagian sisi pula ada rekaan seperti landasan Picatinny yang digunakan pada raifal seperti M-4 Carbine. Cangkerang ini hanya memberi perlindungan dari hentakan dan tidak kalis air. Ia dijual pada harga $49 sebuah. Agak aneh aksesori ini dihasilkan oleh Razer untuk peranti Apple sedangkan pengguna tegar mereka adalah dari golong pengguna Windows PC. Namum ini tidak memeranjatkan, sedangkan Marshall yang terkenal sebagai pengeluar amplifier gitar elektrik sudah mempunyai telefon Marshall London Android mereka sekarang. Kami rasa adalah lebih bagus sekiranya Razer bekerjasama dengan Motorola untuk menghasilkan Motorola Razr generasi baru. Nama sudah hampir sama dan ianya antara telefon mudah alih paling popular pernah dihasilkan.

Razer-Protection-Case-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd