Microsoft Surface Hub Akan Mula Dijual Januari 2016 – Harga Bermula Dari RM28 Ribu
Artikel Berkaitan

Microsoft Surface Hub Akan Mula Dijual Januari 2016 – Harga Bermula Dari RM28 Ribu

Diterbitkan pada Ogos 13, 2015 oleh .

Microsoft Surface Hub ialah peranti gergasi di dalam keluarga Surface yang diumumkan Januari lalu. Ia mempunyai skrin gergasi tetapi mengekalkan kesemua fungsi yang wujud pada komputer riba Surface Pro 3. Ia boleh digunakan untuk melakukan perbincangan menggunakan video di atas talian dan disasarkan untuk penggunaan di pejabat. Ia akan mula dijual pada Januari tahun hadapan, lewat beberapa bulan dari tarikh asal yang sepatunya berlaku bulan hadapan. Microsoft melambatkan tarikh pelancaran kerana sambutan terhadap Surface Hub adalah melangkaui jangkaan.

Microsoft-Surface-Hub

Model Intel Core i-5 dengan skrin 1080P 55″ akan dijual pada harga $6999 (RM 27980). Versi Intel Core i-7 dengan skrin 4K 84″ pula akan dijual pada harga $19999 (RM 79950). Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Windows 10 yang diubah suai. Selain menyokong fungsi sesentuh, Surface Hub juga menyokong penggunaan Surface Pen. Surface Hub ialah peranti yang mempunyai pelbagai fungsi menarik tetapi ditawarkan pada harga yang terlalu mahal untuk kegunaan orang ramai.


TIPS & ULASAN