Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini mengadakan acara media di China, dimana melaluinya mereka turut melancarkan salah satu telefon pintar terbaru dibawah keluarga Redmi, iaitu Xiaomi Redmi 2. Ia hadir dengan pilihan storan 16GB dan 32GB, selain Redmi Note 2 Prime yang hadir dengan kuasa pemprosesan sedikit pantas berbanding yang lain.

Redmi Note 2

Redmi Note 2

Redmi Note 2 ini menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh (1920×1080 pixel), dilengkapi sokongan dwi-SIM 4G, serta menggunakan memori 2GB RAM. Xiaomi menggunakan cip pemprosesan lapan teras MediaTek Helio X10 pada telefon pintar ini dengan kelajuan pemprosesan sehingga 2.0Ghz.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan. Disamping itu, telefon pintar ini turut dilengkapi sistem operasi terkini daripada Xiaomi, iaitu MIUI7 berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop.

Seperti biasa, ia akan dijual di China terlebih dahulu, dan menjadi telefon pintar pertama berasaskan kepada MIUI7. Di China, versi 16GB dijual pada harga bermula RMB799 (~RM501).

Redmi Note 2

Redmi Note 2

Redmi Note 2

Redmi Note 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd