Cari @ Amanz

Sekiranya anda pengikut setia Samsung semestinya sudah tahu akan pelancaran peranti terbaru mereka pada malam ini. Peranti dalam keluarga Galaxy ini merupakan pada siri Note, iaitu phablet mereka namun kemaskini untuk Galaxy S6 Edge juga dijangka akan diumumkan pada malam ini dikatakan akan dinamakan sebagai Galaxy S6 Edge Plus.

Sehingga kini pelbagai gambar yang telah kita lihat yang dikatakan merupakan rekaan Galaxy Note 5. Berkemungkinan ia mempunyai rekaan yang lebih kurang sama seperti Galaxy S6, namun dengan kelebihan stylus S-Pen yang mudah dikeluarkan. Dan bagi versi Galaxy S6 Edge Plus, ia dikatakan merupakan Galaxy S6 Edge namun dengan saiz yang lebih besar.

Seperti mana acara-acara Unpacked terdahulu, anda boleh menonton pengumuman tersebut secara langsung menerusi halaman rasmi mereka dan halaman YouTube mereka pada jam 11 malam ini waktu Malaysia. Kami juga akan membawakan laporan lintas langsung dari acara tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd