Samsung Galaxy Note 5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Sebelum Minggu Pertama September

Samsung Galaxy Note 5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Sebelum Minggu Pertama September

Diterbitkan pada Ogos 14, 2015 oleh .

Samsung hari ini secara rasminya telah pun melancarkan Galaxy Note 5 di Amerika Syarikat, dan berkongsi lanjut mengenainya, pihak Samsung Malaysia mengatakan ia akan dilancarkan di pasaran tempatan seawal sebelum minggu pertama September 2015 ini.

Samsung Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan Quad HD, memori 4GB RAM, dan cip pemprosesan lapan teras daripada Samsung Exynos. Ia turut dilengkapi dengan sokongan kamera 16-megapixel OIS dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut menyokong sokongan pengecasan tanpa-wayar, selain sokongan pengimbas cap jari dan sensor denyutan jantung.

Untuk versi Malaysia, Samsung akan membawa masuk versi dwi-SIM. Tiada sokongan mikro-SD yang disertakan, tetapi versi paling asas dijangka membawakan sokongan storan 32GB.

Harga jualannya tidak diketahui lagi buat masa ini. Pada tahun lepas, Samsung Galaxy Note 4 telah dilancarkan di Malaysia pada harga jualan RM2499.

Samsung Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5


TIPS & ULASAN