Permainan Fallout Shelter Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android

Permainan Fallout Shelter Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android

Diterbitkan pada Ogos 14, 2015 oleh .

Fallout Shelter merupakan salah satu permainan yang dihasilkan sebagai promosi untuk permainan Fallout 4 – tetapi ia mempunyai peminat yang ramai pada platform iOS. Hari ini, pihak Bethesda turut menerbitkan permainan berkenaan untuk pengguna Android secara percuma.

Fallout Shelter

Melalui permainan Fallout Shelter, ia membawakan bentuk permainan simulasi pembinaan kubu bawah tanah. Pemain perlu membina kubu dan mengawal serta menguruskannya dengan baik. Seperti biasa, permainan ini juga turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi untuk mempercepatkan tugas dan masa permainan berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun permainan ini, dan mula membina kubu bawah tanah anda tersendiri hari ini.

Muat-Turun Fallout Shelter untuk Android


TIPS & ULASAN