Cari @ Amanz

Bagi pengguna komputer riba Mac daripada Apple, mungkin anda sedia maklum mengenai kebolehan menjalankan sistem operasi Windows melalui penggunaan Boot Camp. Hari ini, Apple dilihat mengemaskini Boot Camp dan turut menyertakan sokongan untuk sistem operasi terbaru Microsoft, iaitu Windows 10.

Sokongan untuk Windows 10 ini hanya hadir untuk sejumlah Macbook sahaja, iaitu daripada Macbook keluaran pertengahan tahun 2012 dan yang terkini.

Selain daripada sokongan untuk sistem operasi terkini, Boot Camp 6 turut menyertakan beberapa fungsi lain, termasuk sokongan menjalankan beberapa fungsi Mac didalam Windows, termasuk USB Type-C, Thunderbolt dan sebagainya.

Untuk makluman, bagi menjalankan sistem operasi Windows didalam Boot Camp, anda perlu mendapatkan lesen Windows secara berasingan untuk tujuan pemasangan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd