Carian
Maxis Membuka Pendaftaran Minat Bagi Mereka Yang Ingin Mendapatkan OnePlus 2
August 14, 2015 Aman

OnePlus 2 telah dilancarkan beberapa minggu sebelum ini, dan Maxis ketika pelancaran tempoh hari telah mengatakan mereka akan menawarkannya di pasaran tempatan. Hari ini, pihak Maxis dilihat telah mengemaskini halaman web mereka, dan mula menerima pendaftaran minat untuk menerima jemputan bagi mendapatkan OnePlus 2.

Maxis OnePlus 2

Maxis tempoh hari telah mengatakan yang mana OnePlus 2 akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad – dan seperti penawaran antarabangsa, pengguna perlu mendapatkan jemputan sebelum membelinya.

OnePlus 2 menggunakan slogan 2016 flagship killer – hadir menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 64-bit, memori 4GB RAM, dilengkapi dengan sokongan USB Type-C, serta menjalankan sistem operasi OxygenOS – iaitu variasi Android dengan perubahan yang sangat minima.

Maxis masih tidak mengumumkan pakej mereka, tetapi bagi anda yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan OnePlus 2 melalui Maxis.

Komen