(Konsep) Apple fliPhone 6 – iPhone Versi Boleh Lipat

(Konsep) Apple fliPhone 6 – iPhone Versi Boleh Lipat

Diterbitkan pada Ogos 14, 2015 oleh .

Apple iPhone versi pertama muncul pada tahun 2007 dan sekaligus mengubah dunia peranti mudah alih. Telefon dengan skrin resistif, kekunci fizikal dan boleh lipat terus mengalami kepupusan kerana iPhone. Rekaan peranti dengan skrin sesentuh kapasitif kini sudah menjadi standard. Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu rekaan peranti boleh lipat kembali ke pasaran. LG Gentle dan Samsung Galaxy Folder adalah dua peranti Android boleh lipat yang hanya dipasarkan di Korea Selatan. Di negara ini masih ada permintaan untuk peranti dengan rekaan klasik ini. Apakah terjadi sekiranya Apple secara tiba-tiba menghasilkan peranti pintar boleh lipat mereka sendiri?

Apple-Fliphone-6-1

Apple fliPhone 6 ialah konsep peranti pintar boleh lipat iOS yang dihasilkan oleh Martin Hajek. Astetik menarik iPhone 6 dikekalkan dengan skrin boleh lipat nipis ditambah. Peranti ini mempunyai dua skrin sesentuh dan masih menggunakan papan kekunci maya untuk menaip. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh LG pada LG Gentle. Terdapat dua sistem pengimbas cap jari. Satu di bahagian penutup dan satu lagi di bahagian dalam. Sebuah skrin LCD turut diletakkan pada penutup belakang bagi memaparkan notifikasi.

Sebuah konsep yang cantik tetapi pastinya tidak akan menjadi realiti. Dunia sudah berubah dan permintaan untuk peranti boleh lipat sudah terlalu sedikit. Mustahil untuk Apple menghasilkan peranti untuk golongan minoriti sekarang.

Apple-Fliphone-6-3

Apple-Fliphone-6-2  Apple-Fliphone-6-4


TIPS & ULASAN