Asus Malaysia Memulakan Penjualan Asus ZenPad Untuk Pasaran Tempatan

Asus Malaysia Memulakan Penjualan Asus ZenPad Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2015 oleh .

Asus pada acara di Computex lepas telahpun mengumumkan pelbagai peranti dan salah satunya pengenalan kepada tablet mereka iaitu ZenPad. Pada hari ini Asus Malaysia mengumumkan kemasukan tablet ZenPad ke pasaran tempatan untuk variasi ZenPad C 7.0 dan ZenPad 7.0.

Asus ZenPad -IMG_9772

Tablet Asus ZenPad 7.0 (Z370CG) merupakan tablet yang beroperasi menggunakan cip Intel Atom X3 empat-teras 64-bit, dan mempunyai 2GB RAM. Dari segi storan, ia mempunyai kapasiti 16GB dan kapasiti storan juga boleh ditambah menggunakan kad Mikro-SD. Dari segi kamera ia mempunyai kamera hadapan 2MP dan kamera utama 8MP dilengkapi PixelMaster 2.0. Tablet ini juga dilengkapi Asus SonicMaster DTS Audio bagi kualiti bunyi yang baik. Asus ZenPad ini juga dikuasakan oleh Android 5.0 Lollipop dengan paparan antaramuka ZenUI. Paparannya skrinnya bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280 x 800 HD IPS dengan fungsi Tru2Life dan mempunyai penutup belakang yang boleh ditukar ganti pada pilihan warna Hitam, Metalik, Putih dan juga Oren.

Asus ZenPad -IMG_9775

Tablet ZenPad C 7.0 (Z170CG) merupakan ZenPad versi mampu milik dan mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan ZenPad 7.0 Ia dikuasakan oleh Intel Atom X3 empat-teras 64-bit namun hanya mempunyai 1GB RAM. Kapasiti storannya juga telah ditambah sehingga 16GB dan mampu memuatkan dua kad-SIM. Meskipun paparan skirnnya sama pada saiz 7-inci, ia hanya mempunyai resolusi 1024×600 IPS. Tablet ini juga dilengkapi Asus SonicMaster DTS Audio bagi kualiti bunyi yang baik. Penutup belakangnya juga boleh ditukar-ganti dengan pilihan warna Hitam, Putih, Metalik, Oren dan juga Merah.

Asus ZenPad -IMG_9823

Beberapa aksesori untuk peranti ini turut diumumkan. Selain dari penutup belakang ZenCase, terdapat satu variasi yang sesuai untuk digunakan wanita iaitu ZenClutch. Asus PowerCase pula sesuai bagi pengguna yang inginkan kuasa bateri tambahan untuk tablet ini. Salah satu perkara yang menarik perhatian kami adalah Asus Audio Cover dimana dengan peranti ini ia akan meningkatkan kualiti bunyi menerusi pembesar suara pada format 5.1 (5 pembesar suara dan 1 subwoofer) dan pada sekali pengecasan, ia boleh digunakan selama 6 jam secara berterusan. Meskipun ianya nipis, kualiti bunyinya agak tinggi. Buat masa ini tiada sebarang maklumat bilakah aksesori ini akan mula dijual di pasaran tempatan.

ZenPad C 7.0 dan 7.0 dipilih berdasarkan kesesuaiannya dan buat masa ini tiada sebarang berita sekiranya ZenPad 8.0 dan ZenPad S 8.0 akan dibawa masuk ke pasaran. ZenPad C 7.0 akan dijual pada harga RM 499 manakala harga bagi ZenPad 7.0  harga sebenar akan diumumkan pada 26 Ogos kelak. Kami akan membawakan pandang pertama untuk Asus ZenPad tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN