LG G Pad II 8.0 Dilancarkan Di Korea Selatan – Menyertakan Port USB Bersaiz Penuh
LG

LG G Pad II 8.0 Dilancarkan Di Korea Selatan – Menyertakan Port USB Bersaiz Penuh

Diterbitkan pada Ogos 15, 2015 oleh .

LG kini dilihat telah melancarkan tablet terbaru mereka dibawah keluarga G Pad, iaitu LG G Pad II 8.0 di Korea Selatan. Tablet ini membawakan beberapa perkara yang menyerupai tablet sebelum ini, termasuk penggunaan cip Snapdragon 400, skrin bersai 8.0-inci dengan resolusi 1280×800 pixel.

LG G Pad II 8.0

Tetapi, pada masa yang sama, ia turut membawakan beberapa perubahan dan penaik-tarafan, termasuk menggunakan memori 1.5GB RAM, ruangan storan 32GB, dan dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE.

Untuk rakaman gambar ia menyertakan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 2-megapixel untuk panggilan video.

Apa yang menariknya mengenai tablet berasaskan Android 5.0 Lollipop ini adalah penyertaan port USB bersaiz penuh, sekaligus membolehkan anda menghubungkan pelbagai aksesori seperti papan kekunci dan sebagainya, selain turut mengakses fail pada pemacu USB anda tanpa memerlukan sebarang adapter.

Buat masa ini, tablet ini hanya dilancarkan di Korea Selatan sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan hadir ke pasaran global.


TIPS & ULASAN