Cari @ Amanz

GrabTaxi Menerima Suntikan Dana Pada Nilai Syarikat Melangkaui US$1.6 Bilion

Oleh Aman

Link Copied!

GrabTaxi merupakan jenama yang digunakan oleh syarikat MyTeksi untuk pasaran antarabangsa. Mereka mempunyai ibu pejabat di Singapura, dan beroperasi di beberapa buah negara, termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan sebagainya.

Sebelum ini, mereka telah pun menerima suntikan dana sebanyak USD$250 juta pada penghujung tahun lepas, dan terkini mereka dilihat turut menerima suntikan dana sebanyak $400 juta (~RM1627.6 juta) daripada China Investment Corp.

Penerimaan suntikan dana terbaru ini sekaligus menilaikan syarikat mereka pada nilai sekitar $1.6 bilion ke $1.8 bilion.

Seperti biasa, suntikan dana ini membolehkan mereka terus memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka yang pelbagai – sebagai contoh menggunakan motorsikal di Indonesia, penawaran GrabCar+ di Malaysia, dan sebagainya.

Tambahan lagi, memandangkan mereka menerima suntikan dana daripada China Investment Corp, tidak mustahil untuk kita turut melihat mereka memperluaskan ke pasaran-pasaran baru tidak lama lagi.


Komen ()